08 November 2013

Panduan dan Tips Temuduga Jururawat





Dalam pembentangan Bajet 2014, kerajaan telah mengumumkan peruntukan sebanyak 150 juta untuk menambah bilangan jururawat bagi meringankan lagi bebanan kerja yang ditanggung oleh jururawat sedia ada dan meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan mereka.

Bagi anda yang telah dipanggil oleh SPA untuk sesi temuduga jururawat, tahniah diucapkan kerana anda telah berjaya melepasi satu peringkat untuk anda mendapatkan jawatan tersebut. Tidak dinafikan beribu-ribu orang telah mendaftar untuk memohon jawatan tersebut dan anda sangat bertuah kerana telah terpilih untuk ditemuduga kerana kita maklum bukan senang untuk mendapatkan pekerjaan disektor awam kerana persaingan semakin tinggi.





Oleh itu jangan sia-siakan peluang yang diberikan. Lengkapkan diri anda dengan pengetahuan isu-isu semasa dan ilmu berkaitan kerjaya sebagai seorang jururawat.

Dapatkan panduan kerjaya sebagai seorang jururawat yang dilengkapi dengan maklumat-maklumat berkenaan kerjaya jururawat, bagaimana nak menjadi seorang jururawat, tugas dan tanggungjawab jururawat, keistimewaan menjadi jururawat dan banyak lagi kandungan yang berguna untuk anda. Turut disertakan dengan panduan menulis resume dan juga contoh soalan-soalan lazim temuduga jururawat.

Semoga calon-calon temuduga berjaya melepasi sesi temuduga nanti.



07 November 2013

Semakan Keputusan Temuduga Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 2013





Setakat ini, Suruhanjaya masih lagi mengadakan temuduga Fasa 5 untuk jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41. Calon-calon yang telah lulus peperiksaan memasuki skim perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 akan dipanggil temu duga secara berperingkat .Temu duga fasa kelima akan diadakan mulai 1.11.2013 hingga 27.11.2013.
   
Untuk menyemak panggilan temuduga, klik link di bawah.

Semakan Panggilan Temuduga Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41


Sekian, harap maklum.

Semakan Keputusan UPSR 2013



Keputusan UPSR 2013 bakal dikeluarkan pada November ini berkemungkinan diumumkan pada Khamis, 14 November 2013. Namun, tarikh rasmi bergantung kepada Kementerian Pendidikan Malaysia.

Untuk menyemak keputusan UPSR secara online, rujuk cara-cara di bawah:

1.Pergi ke laman web SAPShttp://saps.moe.gov.my/
2.Klik butang Semakan Ibu Bapa yang berwarna merah.
3. Masukkan No Kad Pengenalan atau Sijil Surat Beranak dan pilih sama ada Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah dan seterusnya klik butang Semak Laporan.


Untuk menyemak keputusan UPSR secara SMS,  rujuk cara-cara di bawah:

- Taip UPSR [angka giliran] dan hantar ke 15888
- Contoh: UPSR AD027B056 hantar ke 15888

*Perkhidmatan MySMS akan diaktifkan bermula 10 pagi, 14 November dan akan ditamatkan pada 11.59 malam, 20 November 2013


Senarai 81 Skim Perkhidmatan Awam Yang Dinaiktaraf





Senarai 81 Skim Perkhidmatan Awam Yang Dinaiktaraf


Pembantu Kawalan Trafik Udara
Pemandu Lokomotif Sabah
Pereka
Pegawai Kebudayaan
Ahli Fotografi
Jurusolek
Pegawai Galian
Pegawai Kimia Bumi
Pegawai Kaji Bumi (Geofizik/Kaji Bumi)
Penolong Pegawai Galian
Penolong Pegawai Kimia Bumi
Pembantu Galian
Pembantu Kaji Bumi
Pegawai Makmal Filem
Penolong Pegawai Makmal Filem
Pembantu Makmal Filem
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma
Pensyarah Perubatan
Pensyarah Pergigian
Pembantu Pegawai Latihan Vokasional/
Penolong Pegawai Latihan Vokasional/
Pegawai Latihan Vokasional
Pengajar Kraf
Pembantu Pertanian
Pembantu Veterinar
Renjer Hutan
Pengajar Membalak
Pengawas Hutan
Pembantu Hidupan Liar
Pembantu Hidupan Liar Rendah
Tukang K1
Tukang K2
Tukang K3
Pemandu/ Operator Jentera Pemunggah
Operator Loji
Pekerja Awam Khas
Pekerja Awam
Penyelamat
Pelukis Pelan
Juruteknik Landskap
Juruteknik
Juruteknik Ukur
Juruteknik Perancang Bandar dan Desa
Pembantu Pemeriksa Kilang dan Jentera
Penguasa Bekalan Air
MerinyuTali Air
Pegawai Perhubungan Preman
Penyelia Jeti
Penghantar Notis
Pembantu Kamera/Pemandu
Pemandu Kenderaan
Pembantu Am Pejabat
Pengurus Stesen
Penyelia Jurupakaian
Peniup Kaca
Pegawai Khidmat Pelanggan
Pengawas Pemulihan
Pegawai Penerbitan
Penolong Pegawai Penerbitan
Pembantu Penerbitan
Operator Kamera Offset/ Pembuat Plat
Penolong Operator Kamera
Penolong Pegawai Penyelidik Sosial
Pembantu Penyelidik Sosial
Pengurus Asrama
Penolong Pengurus Asrama
Penyelia Asrama
Penolong Pegawai Tadbir Tanah
Pembantu Tadbir Tanah
Pegawai Pemeriksa Paten
Pemandu Enjin (Keretapi Bukit Bendera)
Pembantu Pemuliharaan
Jurulatih Kawad
Pembantu Wartawan/Wartawan
Atendan Kesihatan
Penolong Pegawai Penaksir
Pegawai Aktuari
Pegawai Angkatan Tetap, Angkatan Tentera Malaysia
Askar Laskar Angkatan Tetap, Angkatan Tentera Malaysia