08 November 2013

Panduan dan Tips Temuduga Jururawat





Dalam pembentangan Bajet 2014, kerajaan telah mengumumkan peruntukan sebanyak 150 juta untuk menambah bilangan jururawat bagi meringankan lagi bebanan kerja yang ditanggung oleh jururawat sedia ada dan meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan mereka.

Bagi anda yang telah dipanggil oleh SPA untuk sesi temuduga jururawat, tahniah diucapkan kerana anda telah berjaya melepasi satu peringkat untuk anda mendapatkan jawatan tersebut. Tidak dinafikan beribu-ribu orang telah mendaftar untuk memohon jawatan tersebut dan anda sangat bertuah kerana telah terpilih untuk ditemuduga kerana kita maklum bukan senang untuk mendapatkan pekerjaan disektor awam kerana persaingan semakin tinggi.





Oleh itu jangan sia-siakan peluang yang diberikan. Lengkapkan diri anda dengan pengetahuan isu-isu semasa dan ilmu berkaitan kerjaya sebagai seorang jururawat.

Dapatkan panduan kerjaya sebagai seorang jururawat yang dilengkapi dengan maklumat-maklumat berkenaan kerjaya jururawat, bagaimana nak menjadi seorang jururawat, tugas dan tanggungjawab jururawat, keistimewaan menjadi jururawat dan banyak lagi kandungan yang berguna untuk anda. Turut disertakan dengan panduan menulis resume dan juga contoh soalan-soalan lazim temuduga jururawat.

Semoga calon-calon temuduga berjaya melepasi sesi temuduga nanti.



0 comments:

Post a Comment